• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Rakyat Sabah Mahu Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Disiapkan Segera

November 5, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
GOVT URGED TO PRIORITISE PAN BORNEO HIGHWAY PROJECT IN SABAH’S INTERIOR
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Noorazlina Jindeh

KOTA KINABALU, 5 Nov (Bernama) — Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Ini kerana Kerajaan Persekutuan dan negeri telah melakukan sedaya upaya untuk merealisasi projek tersebut, termasuk usaha terbaru dengan menyediakan peruntukan RM9.7 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi memastikan projek itu dapat disiapkan mengikut jadual.

Presiden Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Besar Sabah Datuk Osman Ahmed berkata dengan mempercepat pembinaan lebuh raya itu, ia akan membuka pintu pertumbuhan ekonomi yang lebih besar, sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk setempat.

Beliau berkata sebagai contoh dengan adanya lebuh raya itu, persatuan tersebut dapat menjemput lebih ramai penunggang motosikal dari luar Sabah dan luar negara, untuk datang menjelajah keindahan Negeri di Bawah Bayu itu, sekali gus membantu mengembangkan sektor pelancongan negeri.

“Saya berharap agar proses pembinaan lebuh raya itu berjalan lancar dan mengikut seperti yang telah dijadualkan, sekali gus akan dapat memberi impak positif terhadap pembangunan negeri Sabah secara keseluruhan.

“Selain sektor pelacongan, ia juga akan dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pelaburan setempat di kawasan sepanjang laluan lebuh raya berkenaan, jadi kita perlu mempercepat projek ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 Okt, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan Sijil Setuju Terima (SST) dengan nilai kontrak RM9.7 bilion, meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat, Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau.

Pada 29 Julai, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A kini mencapai tahap 77.41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2026.

Beliau berkata Fasa 1A sudah sepatutnya siap, namun disebabkan pelbagai masalah antaranya masalah koordinasi antara pihak terlibat terutama kontraktor, agensi kerajaan dan konsultan, menjadikan penyiapan projek itu mengalami kelewatan. 

Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani berkata tiada lagi alasan yang wajar diterima apabila berlaku kelewatan untuk menyiapkan projek berkenaan kerana sebagai kontraktor, mereka sudah tahu tanggungjawab yang perlu dibuat sebelum bersetuju menerima satu-satu projek itu.

Beliau berkata lebuh raya berkenaan perlu disiapkan segera bagi mengelak berlaku kemalangan jalan raya di kawasan pembinaan, disebabkan kelemahan langkah keselamatan yang diambil pihak kontraktor dan agensi berkaitan di kawasan projek.

“Kita minta pihak kerajaan, agensi yang terlibat mesti mengambil kira keselamatan pengguna kerana lagi lambat disiapkan lagi banyak kemalangan jiwa akan berlaku. Utamakan keselamatan pengguna jalan raya dengan meletakkan papan tanda, mahupun arah laluan lencongan yang jelas di jalan raya,” katanya.

“Kontraktor yang terlibat dalam projek berkenaan diingatkan agar menekankan faktor keselamatan sepanjang proses pembinaan jalan raya itu dijalankan. Keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki perlu diutamakan terlebih dahulu dengan pemantauan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Pemandu bas ekspres bagi laluan Kota Kinabalu-Lahad Datu-Kunak-Semporna Azmil Abdul Rauf, 40, juga berharap laluan berkenaan dapat direalisasikan, agar perjalanan ke Pantai Timur dapat dipendekkan daripada 10 jam kepada lapan jam.

Beliau yang telah memandu bas ekspres selama 15 tahun berkata dengan adanya laluan baharu itu, ia bukan sahaja menjimatkan waktu perjalanan tetapi juga kos kerosakan kenderaan dapat dikurangkan, kerana jalan raya telah elok.

“Diharapkan projek ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kita di Sabah amat memerlukannya,” katanya.

Share this news!
Tags: Fasa 1BlaluanLebuh Raya Pan Borneopantai timurpenggunaSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com