• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

RM195.35 juta diluluskan untuk 48 projek pembangunan di Sabah – Nga Kor Ming

July 11, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
RM195.35 juta diluluskan untuk 48 projek pembangunan di Sabah – Nga Kor Ming
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 48 projek pembangunan infrastruktur serta kerja baik pulih di seluruh Sabah dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM195.35 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata peruntukan tersebut diluluskan di bawah Program Pembangunan KPKT Rolling Plan 5 (RP5) Tahun 2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Kesemua projek yang telah diluluskan dilaksanakan melalui kawal selia oleh 11 agensi di bawah KPKT,” katanya dalam sidang media Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Taman Program Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom, Inanam, di sini, hari ini (11 Julai).

Katanya, antara peruntukan yang diumumkan adalah RM60.39 juta untuk projek pembangunan di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan yang melibatkan enam kerja pembinaan dan naik taraf, termasuk pembinaan tapak letak kereta di Foh Sang (Kota Kinabalu), pembinaan dewan serbaguna di Ranau, pembinaan tapak tamu dan naik taraf pasar awam di Putatan, serta kerja-kerja baik pulih cerun.

“Sebanyak RM39.78 juta diperuntukkan di bawah Bahagian Perancangan Perumahan KPKT untuk pembangunan 10 PRR dan Program Perumahan Rakyat di Kionsom, Pitas, Lahad Datu, Kota Belud, Beaufort, Kibabaig, Sandakan, Kuala Penyu dan Tuaran. RM24.48 juta disediakan bagi pembangunan Rumah Mesra Rakyat di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Tambahnya lagi, sejumlah RM13.74 juta disalurkan di bawah Jabatan Landskap Negara untuk pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pembangunan taman-taman awam di seluruh negeri, pembangunan Taman Botani Kota Kinabalu serta pelaksanaan Kajian Pelan Induk Majlis Daerah Keningau.

Manakala RM7.77 juta diperuntukkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah bagi pembinaan dan naik taraf balai bomba di Putatan, Lahad Datu, Beaufort, Merotai, Kota Belud dan Semporna.

Sementara itu, RM2 juta disediakan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi projek pembinaan dan naik taraf tapak pelupusan di Kayu Madang (Kota Kinabalu) serta di Pantai Barat Selatan Sabah. Tambahan RM30 juta turut diperuntukkan bagi pembinaan sel tapak pelupusan sisa pepejal di Labuk, Sandakan.

“RM7.53 juta disalurkan bagi pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah di Bandar, Program Bina Baharu Rumah di Bandar serta penyaluran dana penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di bawah Bahagian Kesejahteraan Komuniti.

“RM7.17 juta turut diperuntukkan di bawah Jabatan Perumahan Negara untuk pelaksanaan inisiatif di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) dan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) Negeri Sabah,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, dalam lawatan kerja ke Sandakan pada 10 Julai, KPKT turut menambah peruntukan sebanyak RM2 juta bagi kerja naik taraf empat pasar awam di daerah itu, termasuk Pasar Kim Fung, Pasar Sim Sim, Pasar Umum dan Pasar Elopura, serta RM500,000 untuk kerja mengecat blok-blok Apartmen Taman Singapore.

Projek Taman PRR Putera Kiansom adalah rumah pangsa lima tingkat di atas tanah seluas 16.43 ekar dengan 1,000 unit kediaman berkeluasan 750 kaki persegi, menelan kos RM152.9 juta. Ia dilengkapi sepuluh unit Mesra OKU, dua tadika, enam kedai, empat surau, dan dewan. Penyerahan hari ini melibatkan empat blok, manakala baki enam blok dijangka siap menjelang hujung Ogos dan dihuni sepenuhnya sebelum akhir tahun.

Di Sabah, terdapat 39 projek PPR meliputi 26,299 unit dengan nilai keseluruhan RM3.02 bilion; 35 projek telah siap, dua dalam pembinaan, dan dua dalam perancangan.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com