• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

RM2.19 Juta Insentif Kemenangan Untuk Atlet Sabah

October 29, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Sabah Athletes, Coaches And Managers Receive RM2.19 Mln As Incentives For Success In SUKMA, Para SUKMA
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 29 Okt (Bernama) — Kerajaan Sabah hari ini menyampaikan insentif berjumlah RM2.19 juta kepada atlet dari negeri itu yang mencapai kejayaan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI di Sarawak baru-baru ini.

Majlis itu turut menyaksikan pelari negara Eddy Bernard menerima ganjaran RM50,000 atas pencapaian merangkul pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Sukan Paralimpik Paris 2024. 

Related articles

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua atlet yang telah mewakili negeri di kedua-dua temasya sukan berprestij itu. 

Beliau berkata komitmen jurulatih dan pengurus pasukan juga tidak dilupakan kerana telah mengorbankan masa serta tenaga demi menjaga kebajikan atlet masing-masing selama hampir dua tahun sebelum menghadapi temasya sukan berkenaan. 

“Atas keprihatinan ini, insentif sebanyak RM245,000 diberikan kepada jurulatih dan pengurus pasukan SUKMA dan sebanyak RM250,500 pula diberikan kepada jurulatih dan pengurus pasukan Para SUKMA,” katanya dalam teks ucapan pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada atlet renang berasal dari Sandakan Shahafiq Abdullah kerana telah dipilih sebagai pemenang anugerah Atlet Lelaki Terbaik Para SUKMA Edisi Ke-21, 2024 selepas membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

“Lebih membanggakan lagi, keempat-empat pingat emas yang dimenangi beliau itu merupakan catatan rekod baharu kebangsaan. Dengan kejayaan itu, Shahafiq akan menerima insentif tambahan untuk anugerah ini iaitu sebanyak RM10,000,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berharap semua perancangan Kementerian Belia dan Sukan Sabah berjalan lancar khususnya dalam pembangunan sukan dan belia negeri, sekali gus memberi jaminan kerajaan Sabah akan terus memperuntuk perbelanjaan besar dan konsisten agar lebih banyak aktiviti sukan dan belia dapat dijalankan.

“Kita juga akan terus menyediakan prasarana dan teknologi yang moden dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet dan belia untuk berlatih atau bekerja dengan lebih efisien,” katanya.

Ketua Menteri turut menggesa semua pihak berkaitan dalam pembangunan sukan termasuk jurulatih, pengurus dan atlet agar sentiasa memanfaatkan segala kemudahan disediakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan masing-masing.

Share this news!
Tags: atletHajiji NoorinsentifkemenanganpembangunanSabahsukan
Share6Tweet4

Related Posts

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

Armizan (left) speaking to the media at the closing of Consumer Festival 2025 at ITCC Penampang on Sunday.-Bernama photo PENAMPANG...

Load More

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025
CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025
PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

Kiulu folk must be courageous in making changes during PRN17—Henry Saimpon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com