• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home News Sites Bernama

Sabah Catat Hasil Jualan RM3.5 Juta Di MATTA Fair Kuala Lumpur – Joniston

September 17, 2024
in Bernama
Reading Time: 2 mins read
Sabah Catat Hasil Jualan RM3.5 Juta Di MATTA Fair Kuala Lumpur – Joniston
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) — Sabah berjaya menjana jualan pakej pelancongan bernilai RM3.5 juta sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Sept lepas.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar negeri yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata pakej bertemakan CAN Sabah (Kebudayaan, Pengembaraan, Alam Semula Jadi) mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.

Related articles

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

September 21, 2024
MMEA NAB TWO MEN, SEIZE 901KG OF COOKING OIL IN TAWAU

Komuniti Maritim Dinasihat Tingkat Keselamatan Di Laut, Waspada Cuaca Tidak Menentu

September 21, 2024

Beliau berkata lebih 200 pakej CAN terjual dengan aktiviti melawat pulau dan Perkampungan Budaya Mari Mari menjadi pilihan popular.

“Kami berharap hasil positif ini akan diterjemahkan kepada peningkatan ketibaan pelancong, sekali gus merancakkan lagi ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Joniston turut menyatakan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi yang jarang diterokai dan pengalaman pelancongan berasaskan komuniti.

Justeru, katanya bagi terus  mempromosikan tawaran ini, Sabah akan menganjurkan Pameran Pelancongan Berasaskan Komuniti yang pertama di IOI Mall, Putrajaya bermula 16 hingga 20 Okt ini.

Beliau berkata pameran berkenaan akan memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka pakej pelancongan berasaskan komuniti yang unik dan meikmati destinasi menarik di kawasan luar bandar Sabah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit berkata Sabah turut mencatatkan lebih RM6,000 dalam jualan produk termasuk produk Kadaiku; Teh Sabah dan Kopi Yit Foh di Pavilion STB Sabah dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata Teh Sabah dan Kopi Yit Foh adalah produk agro ikonik yang memperkayakan tawaran di Ranau dan Tenom manakala Kadaiku mempamerkan pelbagai jenis kraf tangan unik.

Julinus berkata langkah mempromosikan produk berkenaan adalah penting kerana ia melengkapi usaha pelancongan dan seiring dengan reputasi Sabah dalam industri agropelancongan.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai tawaran unik Sabah, yang bukan sahaja menyokong perniagaan tempatan tetapi juga memperkayakan pengalaman pelancong secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran kempen Lima Gunung Terbaik di Sabah semasa MATTA Fair akan membantu meletakkan Sabah sebagai hab pengembaraan di Asia Tenggara.

Menurutnya kempen itu mengetengahkan puncak tertinggi Malaysia yang terletak di Sabah iaitu Gunung Kinabalu, Gunung Trus Madi, Gunung Sinsing, Gunung Tambuyukon, dan Gunung Kaingaran.

MATTA Fair Kuala Lumpur menyaksikan Sabah dan Sarawak bekerjasama untuk mempromosikan Discover Borneo sebagai destinasi kegemaran Malaysia dengan penyertaan 33 ejen pelancongan dari Sabah.

 

 

Share this news!
Tags: Joniston Bangkuaijualan MATTA FairKLpelanconganSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

September 21, 2024

KOTA KINABALU, Sept 21 (Bernama) -- The Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (KUSKOP), through its agency, Perbadanan Nasional Berhad...

MMEA NAB TWO MEN, SEIZE 901KG OF COOKING OIL IN TAWAU

Komuniti Maritim Dinasihat Tingkat Keselamatan Di Laut, Waspada Cuaca Tidak Menentu

September 21, 2024

TAWAU, 21 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan komuniti maritim di perairan daerah ini agar meningkatkan...

Sabah Govt Closely Monitoring, Reviewing GISBH Operations

Sabah Govt Closely Monitoring, Reviewing GISBH Operations

September 20, 2024

KOTA KINABALU, Sept 20 (Bernama) -- The Sabah government, through the Sabah Islamic Affairs Coordination Committee (JaPHEIS), is closely monitoring and...

14 Daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa Di Sabah Siap Sepenuhnya – Ewon

14 Daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa Di Sabah Siap Sepenuhnya – Ewon

September 19, 2024

KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya...

Jabatan Imigresen Sabah Terima Teguran KSN Tingkat Kualiti Perkhidmatan

Jabatan Imigresen Sabah Terima Teguran KSN Tingkat Kualiti Perkhidmatan

September 18, 2024

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerima teguran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025
Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com