• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Sambutan 100 Tahun SK Bandar Tawau meriah, penuh nostalgia dan sejarah

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Sambutan 100 Tahun SK Bandar Tawau meriah, penuh nostalgia dan sejarah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau hari ini melakar sejarah tersendiri apabila meraikan sambutan Jubli Emas 100 tahun penubuhannya sejak ditubuhkan pada tahun 1925, ketika itu dikenali sebagai Government Vernacular School.

Related articles

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025
Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang turut berkongsi memori penuh bermakna dan sentimental apabila memaklumkan bahawa beliau sendiri pernah bergelar murid di sekolah tersebut sekitar 50 tahun lalu.

“Alhamdulillah, hari ini saya sangat berbesar hati merasmikan sambutan 100 tahun SK Bandar Tawau, sekolah yang cukup dekat di hati saya. Sekitar tahun 1970-an, saya merupakan salah seorang pelajarnya ketika ia dikenali sebagai SRK Pekan Tawau,” kata beliau dalam ucapan perasmiannya di Dewan Sri Pekan SK Bandar Tawau, di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Wahida Mardiana Norsalim; Guru Besar SK bandar Tawau, Abidin Moen: bekas ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisah Samat serta para guru, kakitangan, murid dan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Menurut Nizam, nilai nostalgia sambutan kali ini bertambah apabila mendedahkan bahawa datuk beliau, merupakan guru besar pertama sekolah itu pada tahun 1975.

“Sambutan ini amat istimewa kepada saya secara peribadi kerana bukan sahaja saya pernah bersekolah di sini, tetapi datuk saya juga pernah memimpin sekolah ini sebagai guru besar. Ia memberikan makna sentimental yang sangat mendalam,” tambah beliau.

Dalam pada itu, ADUN Apas itu turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian bekas-bekas pelajar sekolah itu yang kini berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk perubatan, penyelidikan, dan perkhidmatan awam.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti bahawa SK Bandar Tawau kekal sebagai institusi yang mencorak masa depan generasi daerah Tawau.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru agar pihak pengurusan sekolah terus menjaga integriti dan kecemerlangan sekolah agar kekal menjadi gedung ilmu yang dihormati.

Dalam sidang media selepas majlis itu, beliau yang diminta mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan Tambahan Negeri 2025, yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan infrastruktur asas termasuk di kawasan Apas dan Tawau.

“Fokus utama ialah meningkatkan kapasiti bekalan air bersih dan membaik pulih loji-loji sedia ada di seluruh Sabah. Ini membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkeupayaan melaksanakan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

. SUKAU: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, the Election Director for Sabah Barisan Nasional (BN), has expressed confidence in...

Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025

Kenny G performing at SICC. KOTA KINABALU (July 12): Fans packed a ballroom of the Sabah International Convention Centre (SICC)...

Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press conference. PENAMPANG (July 12): Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Solidariti...

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

Hajiji (fourth right) officiating the closing gimmick of the PBS-STAR 2025 Convention. PENAMPANG (July 12): Sabah has the potential to...

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

July 12, 2025

Abdul Kadir Abdullah Damsal KOTA KINABALU (July 12): A former senior figure in Sabah’s oil and gas industry has pushed...

Load More

TERBARU

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025
Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025
Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025
Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025
Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

July 12, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    17 shares
    Share 7 Tweet 4
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

Strong sentiment for GRS to go solo

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

Honouring Sabah’s rights will dispel suspicion, lead to harmonious, united Malaysia  – Joniston

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com