• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

July 14, 2025
in Berita
Reading Time: 4 mins read
SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Kota Kinabalu : Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di negeri ini berupaya memastikan kanak-kanak yang tercicir daripada sistem pendidikan formal dapat kembali bersekolah.

Program yang dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dengan kerjasama Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah itu menyasarkan golongan kanak-kanak terbabit di Kampung Sembulan di sini.

Related articles

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025
Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025
Mohd Arif

Pengerusi PIBKS Sabah, Datuk Mohd Arif Tun Sakaran, berkata inisiatif itu bagi memastikan Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang diwujudkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, di sini dimanfaatkan ibu bapa yang berdepan masalah dokumentasi anak-anak.

Katanya, SBJK yang diwujudkan pada 2023 itu kini sudah disertai seramai 19 murid yang akan memberi peluang pendidikan asas kepada kanak-kanak tanpa dokumen lengkap masih terbuka kepada kanak-kanak lain.

“Program ini bagi memastikan kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan, khususnya di Sembulan ini dapat bersekolah di SBJK yang membolehkan mereka mengikuti pembelajaran walaupun tiada dokumen, asalkan ibu atau bapa adalah warga negara dan ada dokumen sah.

“Jadi hari ini, saya bersama pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Ketua Kampung dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Sembulan turun padang menjejaki kanak-kanak yang tidak bersekolah di kawasan ini,” katanya.

Mohd Arif (kiri) melihat proses semakan dokumen yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program turun padang menjejaki kanak-kanak tercicir sekolah di Kampung Sembulan Lama, di sini, pada Isnin.

Mohd Arif berkata, SBJK memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M).

Katanya, SK Sembulan merupakan yang yang pertama di negeri ini dan yang kedua di seluruh negara selepas SBJK Chow Kit di Kuala Lumpur.

Menurutnya, sejak dilancarkan, program itu terus mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa berdasarkan bilangan yang tampil menghantar anak mengikuti program berkenaan.

“Kalau kita lihat di kawasan Sembulan ini, dari program pertama, kedua sebelum ini dan sekarang yang ketiga, alhamdulillah sambutan cukup baik hasil kerjasama PIBKS dan komuniti kampung.

“Bagaimanapun, kita perlu juga memastikan data yang dikumpul itu dibuat tapisan kerana kita inginkan kanak-kanak yang masuk ke SBJK ini adalah warga tempatan yang tidak bersekolah kerana masalah dokumen,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arif berkata, kanak-kanak terbabit akan dibantu mendapatkan dokumen pengenalan diri dengan kerjasama ibu bapa supaya boleh dimasukkan ke sekolah arus perdana selama mengikuti pendidikan di SBJK.

Namun katanya, program itu tidak menerima kanak-kanak tanpa dokumen yang ibu bapa mereka juga tidak mempunyai dokumen sah, selain ibu bapa berstatus penduduk tetap. – SABAH MEDIA

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025

Fadillah (seated fourth right) in a commemorative photo with members of the Sabah media fraternity.-Bernama photo KOTA KINABALU (July 14):...

Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025

KOTA KINABALU (July 14): A Sessions Court here today ordered three men to enter their defence on a charge of...

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025

Fadillah during his visit to the PMU 132/33kV Kota Kinabalu. KOTA KINABALU (July 14): More than 60,434 users in Sabah...

GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025

Jeffrey (seated, second row, right) attending the special screening of the scam awareness film Oppa. KOTA KINABALU (July 14): Sabah...

Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025

Fadillah briefed on the water supply problem at UMS today. – Bernama photo KOTA KINABALU (July 14): The Federal Government,...

Load More

TERBARU

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025
Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025
Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025
GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025
Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

Fadillah announces RM1 million to address UMS water issues

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com