• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Sindiket jadikan kondominium operasi pemprosesan dadah bernilai RM1.23 juta berjaya ditumpaskan

July 11, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Sindiket jadikan kondominium operasi pemprosesan dadah bernilai RM1.23 juta berjaya ditumpaskan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU : Polis menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah berskala besar selepas melakukan beberapa siri serbuan rampasan dadah bernilai lebih RM1.23 juta pada 4 dan 5 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah kondominium di pusat bandar dihuni seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun.

Related articles

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

July 14, 2025
Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

July 14, 2025

Katanya, pemeriksaan berjaya menemukan sebuah beg berisi plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 790.56 gram bernilai kira-kira RM25,000.

“Turut dirampas dalam serbuan pertama ini iaitu, sebuah mesin kira wang, alat penimbang digital serta peralatan dipercayai membungkus dadah.

“Hasil siasatan tersebut membawa kepada dua lagi  serbuan dilakukan pada 5 Julai jam 7.50 pagi, di kondominium kedua disewa suspek, berjaya menemukan 14.14 gram dadah disyaki ketamin,” katanya di sini hari ini.

Jauteh berkata, sementara itu serbuan ketiga dijalankan jam 11.30 pagi hari yang sama, polis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan Toyota Yaris ditinggalkan di kawasan letak kereta awam berhampiran Sabah Art Gallery.

“Kita berjaya menemukan sejumlah 12.7 kilogram syabu, 6.9 kilogram ketamin, 25 paket jus ekstasi, 10 biji pil ekstasi menjadikan jumlah keseluruhan nilai dadah dirampas berjaya RM960,000.

“Kita percaya dadah ini dibawa masuk ke Sabah untuk pasaran antarabangsa dan mampu menampung lebih 100,000 kali penggunaan oleh penagih,” jelas Jauteh.

Menurutnya, polis menyita dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux membabitkan nilai keseluruhan RM270,000 serta rampasan dadah berjumlah RM1.23 juta

“Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi dan risikan untuk menghapuskan aktiviti pengedaran dadah, terutamanya sindiket yang cuba menjadikan negeri ini sebagai laluan transit antarabangsa.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

July 14, 2025

Oleh Normimie Diun KOTA KINABALU: Lebih 60,434 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kini menikmati bekalan elektrik yang lebih...

Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

July 14, 2025

KOTA KINABALU: The federal government will make a decision regarding Sabah’s request for a 40% net revenue share at the...

Hajiji adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bincang isu Sabah

Hajiji adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bincang isu Sabah

July 14, 2025

Read Time:49 Second Putrajaya: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar...

Inisiatif tangani kemiskinan wajar dilaksanakan secara holistik – Suhaimi

Inisiatif tangani kemiskinan wajar dilaksanakan secara holistik – Suhaimi

July 14, 2025

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Hj Nasir, menegaskan bahawa usaha kerajaan negeri dalam menangani isu kemiskinan dan peningkatan kos...

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr. Victor bent on improving sports facilities in Tambunan

July 14, 2025

TAMBUNAN: The Tambunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Chief, Dato’ Dr. Victor P. Paut, is bent on implementing initiatives...

Load More

TERBARU

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

July 14, 2025
Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

July 14, 2025
Hajiji adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bincang isu Sabah

Hajiji adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bincang isu Sabah

July 14, 2025
Inisiatif tangani kemiskinan wajar dilaksanakan secara holistik – Suhaimi

Inisiatif tangani kemiskinan wajar dilaksanakan secara holistik – Suhaimi

July 14, 2025
Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr. Victor bent on improving sports facilities in Tambunan

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Lebih 60,000 pengguna nikmati bekalan elektrik lebih stabil di Sabah, Labuan

Good news for Sabah on 40% revenue entitlement four days before Malaysia Day on Sept 16?

Hajiji adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bincang isu Sabah

Inisiatif tangani kemiskinan wajar dilaksanakan secara holistik – Suhaimi

Dr. Victor bent on improving sports facilities in Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com