• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Sokongan tanding solo cerminan muafakat parti tempatan – Hajiji

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Sokongan tanding solo cerminan muafakat parti tempatan – Hajiji
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Penampang : Sokongan ahli dan penyokong parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu gabungan itu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) disifatkan sebagai gambaran perpaduan dan semangat parti tempatan untuk menghadapi pilihan raya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan satu petanda yang cukup baik bagi perpaduan dalam gabungan itu.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

“Ini satu petanda yang cukup baik bagi perpaduan dalam GRS dan semangat parti tempatan ini begitu tinggi sekali untuk menghadapi pilihan raya yang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penutupan Konvensyen Bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, pada Sabtu.

Hadir sama pada konvensyen itu Penasihat Perdana yang juga pengasas PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan beberapa pemimpin parti komponen GRS, termasuk bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Hajiji berkata demikian ketika ditanya mengenai sentimen ahli dan penyokong PBS-STAR yang mahu agar GRS bertanding secara solo pada PRN17 nanti seperti dibangkitkan pada konvensyen julung kali PBS-STAR, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi GRS berkata, gabungan itu akan membincangkan kehendak ahli dan penyokong parti komponennya yang mahu agar gabungan parti tempatan itu bertanding secara solo PRN17.

Katanya,  perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikannya dalam masa terdekat sebelum sebarang keputusan diambil.

“Kita akan putuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS nanti,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Hajiji masih berahsia bila beliau akan bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman untuk mengemukakan tarikh pembubaran.

Beliau juga tidak menjawab sama ada akan membiarkan tempoh DUN sekarang berakhir sendiri pada 11 November depan yang bermakna kerajaan pimpinannya masih berterusan selama kira-kira empat bulan lagi.

“Jangan tanya itu, kami fikirlah nanti, sebarang keputusan mesti dibuat melalui Majlis Tertinggi GRS. Bila saya mahu bubar, saya akan beritahu semua presiden parti untuk diputuskan secara konsensus.

“Walaupun ia adalah prerogatif Ketua Menteri untuk menasihati Yang di-Pertua Negeri, tapi kita tidak mahu belakangkan kawan-kawan,” katanya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

. SUKAU: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, the Election Director for Sabah Barisan Nasional (BN), has expressed confidence in...

Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025

Kenny G performing at SICC. KOTA KINABALU (July 12): Fans packed a ballroom of the Sabah International Convention Centre (SICC)...

Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press conference. PENAMPANG (July 12): Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Solidariti...

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

Hajiji (fourth right) officiating the closing gimmick of the PBS-STAR 2025 Convention. PENAMPANG (July 12): Sabah has the potential to...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025
Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025
Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025
Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    17 shares
    Share 7 Tweet 4
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

Strong sentiment for GRS to go solo

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com