• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Stesen Janakuasa Hidro Empangan Tenom Pangi Beroperasi Sepenuhnya Hujung Tahun

November 21, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Stesen Janakuasa Hidro Empangan Tenom Pangi Beroperasi Sepenuhnya Hujung Tahun
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Ainul Durmahyanty Durming

LAHAD DATU, 21 Nov (BERNAMA) — Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi (SJHTP) bakal beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini dan dijangka mampu menjana 66 megawatt (MW) elektrik, kata Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. 

Related articles

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Beliau berkata stesen jana kuasa itu memiliki tiga turbin dan dua daripadanya telah beroperasi dan satu dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

“Apabila jana kuasa ini beroperasi maka dijangka pertengahan tahun hadapan antara Jun atau Julai kita dapat meningkatkan peratus rizab margin bekalan elektrik sehingga 25 peratus,” katanya kepada Bernama selepas membuat lawatan kerja di pejabat Sabah Electricity di sini hari ini.

Ditanya mengenai rizab margin elektrik negeri yang kini berada pada paras lima peratus, Madius berkata rizab berkenaan sememangnya sangat rendah. 

“Rizab margin itu walaupun mencecah 10 peratus ia memang rendah jadi sekiranya berlaku kerosakan pada satu penjana enjin (genset) maka automatik elektrik terputus sebab itulah kita melakukan catuan elektrik. 

“Antara usaha Sabah Electricity untuk meningkatkan rizab margin adalah dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang akan diletakkan di sini (Lahad Datu) dengan kapasiti 100MW dan satu lagi gas di Kimanis juga berkapasiti 100MW,” katanya.

Mengulas isu bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah, beliau berkata penjanaan elektrik di Pantai Timur menghampiri 300MW dan elektrik yang digunakan di situ dihantar daripada Pantai Barat Sabah melalui talian penghantaran berkapasiti 275 kilowatt per jam (kWh).

Beliau berkata sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti terputus atau ‘trip’ maka semua kawasan di pantai timur Sabah menghadapi masalah bekalan elektrik.

“Kini kita mahu sampaikan kepada masyarakat dan pemimpin setempat bahawa kita memerlukan satu lagi talian penghantaran elektrik, yang (ada) sekarang talian penghantaran dari Kimanis ke Sandakan. 

“Kita  memerlukan satu lagi talian penghantaran dari Sipitang ke Tawau atau dipanggil ‘Southern Line’ lebih kurang 300 kilometer,” katanya.

Share this news!
Tags: bekalan elektrikMadius TangauStesen Janakuasa Hidro Pangi Tenom
Share6Tweet4

Related Posts

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

July 14, 2025

KOTA KINABALU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjung hormat Pusat Biodiversiti Sabah, Kartina...

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT : Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bahawa GRS berada dalam tekanan politik untuk...

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

PRESS STATEMENT12th July 2025 As the next Sabah state election looms closer, it has become increasingly clear that Gabungan Rakyat...

Load More

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

July 14, 2025
GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Gara-gara enggan sambung sewa, wanita serang pemilik kedai

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com