• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

July 13, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak kerjasama dengan GRS sebagai satu perkembangan yang memudahkan hala tuju politik GRS menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Armizan berkata, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu secara tidak langsung telah menyelesaikan persoalan mengenai hubungan antara kedua-dua pihak.

“Secara peribadi, saya fikir kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana memudahkan urusan kita. Pertama, beliau secara jelas menyatakan bahawa tiada sebarang rundingan atau kerjasama antara PN dan GRS.

“Kedua, ini juga menjadikan tugas kami lebih mudah kerana tanpa kami minta, pihak sebelah sana sendiri yang menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan GRS. Kalau kita yang cakap dulu, mungkin dianggap angkuh atau sombong,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, kenyataan itu turut mencerminkan sejauh mana pendirian akar umbi PN terhadap kerjasama dengan GRS, sekali gus memperkukuh justifikasi GRS untuk bergerak secara berdikari.

“Sebab itu bagi saya, kita tidak perlukan dokongan daripada mana-mana gabungan. Apa yang penting adalah usaha mendapatkan sokongan rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pengkhianatan yang dibangkitkan sesetengah pihak, beliau enggan memberi komen lanjut, sebaliknya menegaskan prinsip politik yang diasuh oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya dididik untuk tidak bercakap tentang individu. Itu bukan pendekatan kita. Jadi saya tidak mahu ulas soal khianat dan sebagainya, tetapi kita harus ambil pengajaran daripada apa yang berlaku,” katanya.

Beliau turut menyentuh kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa merekalah yang ‘mengangkat’ Hajiji menjadi wakil rakyat dan Ketua Menteri.

“Itulah antara sebab itu kita rintiskan perubahan di Sabah agar pemilihan Ketua Menteri bukan ditentukan oleh pimpinan luar.

“Dan bila itu berlaku, maka akan timbul naratif ‘kami yang pilih kamu’, lalu kesetiaan pula perlu diberikan kepada pemimpin pusat,” katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti lokal memberi autonomi sepenuhnya kepada rakyat Sabah dalam menentukan kepimpinan negeri.

“Dalam parti lokal, calon pilihan raya ditentukan oleh pemimpin negeri. Ketua Menteri pula dipilih oleh kepimpinan parti tempatan yang dilantik oleh ahli-ahli di sini.

“Tiada lagi keperluan tunduk kepada arahan luar. Ketua Menteri dan barisan calon kita adalah pilihan rakyat Sabah sendiri,” katanya.

Menurutnya, inilah masanya untuk Sabah menghantar isyarat yang jelas bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat negeri ini.

“Kita mesti melangkah ke depan. Cukup-cukuplah dengan naratif bahawa orang luar adalah ‘tuan’. Tuan sebenar adalah rakyat Sabah. Itu signal yang ingin kita hantar,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pemimpin GRS dan wakil-wakil rakyatnya sentiasa berada di Sabah, berkhidmat dan memperjuangkan hak negeri secara konsisten.

“Berbeza dengan sesetengah pemimpin luar yang hanya datang tiga atau empat bulan sekali, kita di sini setiap masa, memikirkan soal negeri.

“Kita tidak menolak kepentingan nasional, tetapi itu tanggungjawab kerajaan persekutuan. Keutamaan kami tetap Sabah. Sabah First,” tegasnya.

Beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan masing-masing dan terus bergerak ke hadapan.

“Kita sudah buat keputusan, memilih parti lokal untuk membawa perubahan. Kalau mereka juga mahu move on, itu bagus. Kalau tidak, itu hak mereka,” tambah beliau lagi..

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com