• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Tender Naik Taraf Jalan Lok Kawi Dibuka Januari Tahun Depan – Armizan

November 9, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Fokus Selesai Masalah Rakyat Sebelum Fikir PRN Sabah – Armizan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

PAPAR, 9 Nov (Bernama) — Tender bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi akan dibuka pada Januari tahun depan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata tender secara terbuka tersebut diiklankan kepada syarikat yang berminat untuk menaik taraf jalan raya sedia ada daripada dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong serta dua hala.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

“Saya mengusulkan dan merayu kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) agar reka bentuk dimuktamadkan segera, kalau boleh ditender bulan Disember, Disemberlah.

“Tetapi komitmen mereka ialah selewat-lewatnya Januari dan akan ambil masa pula untuk penilaian tender, jadi kita harap bulan April atau Mei kontraktor sudah boleh mulakan kerja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Jalan Sabindo dan mendengar taklimat KKR di Kampung Suangon di sini hari ini.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena Program Semarak Perpaduan Rakyat di Papar mengumumkan peruntukan sebanyak RM67 juta bagi Projek Menaik Taraf Jalan Raya Lok Kawi Dari Bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut Papar dan RM538 juta bagi Projek Membina Jalan Raya Bypass Pengalat-Papar.

Armizan berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan meminta pegawai daerah membantu KKR serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pembinaan berjalan lancar termasuk rundingan dengan penduduk kampung yang terlibat.

Beliau berkata projek naik taraf jalan berkenaan adalah keperluan mendesak apabila pada 2021, kajian KKR mendapati kira-kira 27,000 kenderaan menggunakan laluan dari Papar ke pusat bandar itu setiap hari.

“Jarak untuk tender yang diiklankan ialah kira-kira 1.3 kilometer iaitu selepas bulatan Sabindo hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut,” katanya sambil menambah kos RM67 juta itu termasuk pembinaan jejantas, utiliti dan pengambilan tanah.

Bagi projek pembinaan Jalan Raya Bypass Pengalat-Papar, beliau berkata ia kini dalam proses penilaian perunding yang akan dibuat pada bulan ini sebelum proses seterusnya kerana perlu mencari alternatif untuk dilaksana mengikut peruntukan ditetapkan.

Armizan juga berkata terdapat keperluan membina jambatan baharu bagi memudahkan pergerakan penduduk di kawasan sekitar Papar selain mengurangkan kesesakan.

“Projek kedua ini melibatkan dua komponen iaitu jajaran baharu dan jalan sedia ada,” katanya.

 

 

Share this news!
Tags: Armizan Mohd Alijalan rayaLok Kawinaik tarafPaparSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com