Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD: Tiada balak dalam kawasan bukit batu kapor yang dicadangkan untuk kilang klinker dan simen di Kampung Kayawoi di sini, kata Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd ( BCS) Datuk Masiung Banah.
” Walaupun pada awalnya terdapat sisa kayu balak di kawasan rendah tetapi aktiviti pembalakan telahpun berlaku sejak beberapa tahun lalu sebelum kilang berkenaan dicadangkan.
” Dakwaan kononya syarikat itu turut melakukan pembalakan semasa menjalankan kerja-kerja tanah bagi membina laluan ke tapak kuari kilang tersebut adalah tidak benar, ” jelas beliau.
Wakil Rakyat Kuamut itu ditemui media semasa melawat kerja-kerja fasa pertama di salah satu lokasi tapak kuari BCS di Kampung Susui di sini, kelmarin.
Katanya, hampir keseluruhan jajaran bukit batu kapor di kawasan itu yang dilesenkan oleh Penilaian Kesan Kepada Alam Sekililing (EIA) kurang ditumbuhi kayu kayan.
Masiung berkata, kerja-kerja fasa pertama yang kini telah dilesenkan oleh EIA ialah pembinaan tapak kuari, kerja tanah dan membina jalan ke lokasi yang padat dengan lapisan batu kapor.
” Kami tidak akan melanggar tata kelola yang disyaratkan oleh EIA. Lagipun setiap inci kerja kami dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Alam Sekitar, ” katanya.
Cadangan kilang itu yang menalan peleburan di RM1.2 bilion hasil usahasama Kerajaan Negeri, Sri Alam Setia Sdn Bhd yang menubuhkan BCS dan Sinoma Industry Bhd syarikat pengeluar simen terbesar China.
Seluas 500 ekar kawasan klinker diwartakan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) untuk projek tersebut dan 200 ekar lagi diberikan kepada BCS untuk tapak kuari, kilang pejabat dan kurtes pekerja.
Turut hadir pada lawatan itu, Pengarah Urusan BCS, Micheal Kinsuan, Pegawai Daerah Tongod, Yuesri Ismail Yusof dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hasim Omar.