• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Tulisan Jawi Untuk Seluruh Rakyat Malaysia – Cikgu Lorenica

October 20, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Tulisan Jawi Untuk Seluruh Rakyat Malaysia – Cikgu Lorenica
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Khatijah Jistoh

BELURAN, 20 Okt (Bernama) — Lorenica Frenila Masundim, seorang guru berketurunan Rungus yang baru-baru ini tular mengajar tulisan Jawi di sekolahnya di sini, menyifatkan tulisan berkenaan adalah tulisan untuk seluruh rakyat Malaysia yang patut dipertahankan kewujudannya.

Related articles

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025
Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025

Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bawang K9 itu berkata tulisan Jawi adalah khazanah yang wajar dibanggakan oleh semua anak Malaysia dan menyeru rakyat di negeri ini menerima pembelajaran tulisan itu tanpa melontarkan kata negatif.

“Maka itu lebih harmoni untuk masa hadapan anak-anak kita, semua lapisan bangsa boleh duduk semeja bercerita tentang satu tulisan yang melambangkan kita semua sebagai anak Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Tular menerusi media sosial video dan gambar memaparkan Lorenica, 34, mengajar tulisan Jawi kepada muridnya, malah mampu menulis dengan kemas peribahasa “Bagai Aur Dengan Tebing” dalam Jawi dan perkongsian itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Anak kelahiran Paitan itu berkata tulisan Jawi mengandungi nilai seni, budaya serta sejarah Melayu kerana tulisan yang menggunakan aksara atau huruf Arab terbabit dijadikan tulisan Bahasa Melayu klasik sekali gus suatu masa dahulu menjadi alat komunikasi pengantara.

Beliau berkata untuk belajar tulisan Jawi agak mudah kerana huruf Jawi telah disesuaikan dengan bunyi Bahasa Melayu seperti sistem ejaan Rumi.

“Saya belajar mengenali tulisan Jawi semasa mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu bermula 2008 hingga 2013 melalui subjek Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi,” katanya. 

Biarpun bukan beragama Islam, Lorenica berkata perkara itu tidak menghalang dirinya untuk mempelajari tulisan Jawi seterusnya berkongsi kemahiran berkenaan dengan muridnya ketika proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.

Tulisan Jawi katanya bukan merujuk kepada agama Islam semata-mata, sebaliknya milik semua dan sebuah tulisan khazanah tidak ternilai yang diwarisi oleh rakyat negara ini daripada generasi terdahulu.

“Saya mula mengajar tulisan Jawi pada 2022 untuk kelas Tahun 4 serta Tahun 5, mungkin ramai tidak tahu, sejak 2020 tulisan jawi dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 sebelum diteruskan hingga ke Tahun 6 bertujuan memperkaya murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu,” katanya.

Lorenica berkata dari semasa ke semasa, beliau akan turut merujuk rakan guru beragama Islam di sekolah sama bagi menambah baik pengetahuan berkaitan tulisan Jawi.

“Selain melalui Google, saya paling kerap merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sejak zaman IPG lagi,” katanya.

Sebagai guru opsyen Bahasa Melayu, Lorenica berasa bertanggungjawab untuk memastikan tulisan Jawi tidak pupus ditelan zaman dan diwarisi rakyat Malaysia berbilang latar belakang.

— BERNAMA=

Share this news!
Tags: budayaLorenica Frenila MasundimSabahsejarah Melayusenitulisan Jawi
Share6Tweet4

Related Posts

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025

Fadillah (seated fourth right) in a commemorative photo with members of the Sabah media fraternity.-Bernama photo KOTA KINABALU (July 14):...

Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025

KOTA KINABALU (July 14): A Sessions Court here today ordered three men to enter their defence on a charge of...

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025

Fadillah during his visit to the PMU 132/33kV Kota Kinabalu. KOTA KINABALU (July 14): More than 60,434 users in Sabah...

GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025

Jeffrey (seated, second row, right) attending the special screening of the scam awareness film Oppa. KOTA KINABALU (July 14): Sabah...

Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025

Fadillah briefed on the water supply problem at UMS today. – Bernama photo KOTA KINABALU (July 14): The Federal Government,...

Load More

TERBARU

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

July 14, 2025
Three jailed, fined for lending MyKads to others

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

July 14, 2025
Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025
GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025
Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Federal Government allocates RM8.8 billion for 86 energy and water projects in Sabah

Trio ordered to defend charge of robbing luxury handbag

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

Fadillah announces RM1 million to address UMS water issues

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com