• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Usahawan Teruja Jadi Pempamer Pertama Sertai Program Labuan Connect!

November 24, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Usahawan Teruja Jadi Pempamer Pertama Sertai Program Labuan Connect!
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

LABUAN, 24 Nov (Bernama) — Rata-rata usahawan yang menyertai Program Labuan Connect! amat teruja apabila menjadi pempamer pertama yang terlibat dalam acara itu yang julung kali diadakan di sini semalam.

Berkongsi kepada Bernama, Shirley Dorina Anak Anthony, 46, berkata beliau amat teruja berikutan program itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan malah dapat mengenali Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) secara lebih dekat.

Related articles

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

Ibu kepada tiga cahaya mata itu yang menghasilkan kek lapis, kek brownies dan tart telur berkata sebelum ini beliau telah banyak menyertai program jualan yang diadakan oleh agensi lain antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Shirley Dorina berkata sebagai suri rumah sepenuh masa, berniaga kek secara sambilan melalui program jualan mahupun dalam talian sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan keluarga.

“Saya merasa sangat bertuah kerana pertama kali program ini diadakan di sini (Labuan) dan saya jadi peserta dan paling teruja apabila mendapat tahu Bernama yang mengendalikan program ini.

“Melalui program ini juga telah memperkenalkan kepada saya bahawa Bernama adalah satu nama media yang besar dan memang saya tidak jangka dapat bekerjasama dengan Bernama buat pertama kalinya,” katanya yang berasal dari Sarawak.

Mengusahakan pastri sejak lapan tahun lepas, Shirley Dorina berkata beliau mendapat tahu mengenai program itu melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Lubuk Tamiang.

Beliau berharap Program Labuan Connect! akan diteruskan pada masa akan datang dan diadakan di kawasan yang lebih besar agar lebih ramai usahawan dapat menyertainya.

Alinawati Kalik, 40, yang mengusahakan colek buah-buahan turut teruja menyertai program ini sekali gus dapat mengenali kakitangan dan fungsi Bernama yang sebelum ini hanya diketahui melalui nama sahaja.

Berasal dari Kampung Layang-Layangan, katanya program itu amat memberi manfaat kepada setiap usahawan kecil-kecilan untuk mempromosikan hasil produk masing-masing kepada pelanggan.

Mengenai perniagaan colek yang diusahakan sejak 2021 itu, Alinawati berkata jualan colek itu pada mulanya hanya memfokuskan kepada menjual buah-buahan dan pada masa sama menghasilkan kuah pencicahnya sendiri sebelum mendapat sambutan daripada pelanggan.

“Tiga pencicah pertama yang saya hasilkan sendiri iaitu colek lada pedas manis, colek Thai udang kering dan asam boi putih, selepas itu barulah menjual buah dengan pencicahnya sekali,” katanya yang turut berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya program itu perlu diadakan di kawasan yang lebih luas agar memberi impak lebih besar khususnya kepada penduduk Labuan.

Fatima Nurul Hidayu Mohd Hashim, 20, yang mengusahakan aksesori juga amat bersyukur kerana diberi peluang menjadi antara pempamer dalam program berkenaan sekali gus dapat memperkenalkan hasil krafnya yang diusahakan sejak 2021.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata produk aksesori itu dipelajarinya hanya melalui aplikasi YouTube dan Tik Tok ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Daripada program ini juga saya baru sahaja mendapat tahu Bernama ada kaitan dengan usahawan sebab selama ini hanya nampak nama Bernama di surat khabar sahaja,” katanya yang turut berharap Program Labuan Connect! dapat diteruskan pada masa akan datang.

Labuan Connect! merupakan program perintis yang bertujuan meluaskan akses kepada teknologi digital dan memupuk inovasi untuk penduduk Labuan.

 

 

Share this news!
Tags: colek buahkek lapispempamerProgram Labuan Connect!usahawan
Share6Tweet4

Related Posts

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025

Pattani,Thailand : Perlawanan persahabatan bertemu Buriram United FC semalam disifatkan sebagai medan pembelajaran penting buat Sabah FC yang baru memulakan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

TENOM: Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kemabong Gundohing Voo Ngok Sang berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

TENOM: The Kemabong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Voo Ngok Sang stated that he is prepared to run in...

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan berhubung cadangan penyelesaian berkaitan hasil Sabah sebanyak 40 peratus yang dikemukakan Kerajaan...

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

Load More

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025
Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025
GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com