Tuaran: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung sejauh 60 meter berhampiran Kampung Minangkob, Tamparuli, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Dmax dilaporkan selamat, kata jabatan bomba.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang mangsa mangsa wanita mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh pasukan bomba.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don’t want to miss.