• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

YIM Mahu Cungkil Lebih Banyak Inovasi Sosial Di Akar Umbi Sabah

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
YIM Mahu Cungkil Lebih Banyak Inovasi Sosial Di Akar Umbi Sabah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) — Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) komited untuk mencungkil lebih banyak inovasi sosial pada peringkat akar umbi di Sabah, bagi memastikan pengembangan ekosistem inovasi yang mampan di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif YIM Dr Sharmila Mohamed Salleh berkata YIM ditubuhkan sebagai platform bagi inovasi akar umbi dan inovasi sosial dengan mandat mencari, membangun dan memadankan inovasi dengan dana pembangunan.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

“Mandat kita yang diberi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah untuk mencari inovasi, kemudian membangun dan memadankannya dengan dana pembangunan. Inovasi yang kita cari ini adalah yang memberi impak kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar,” katanya kepada Bernama.

Sharmila berkata perbezaan utama YIM, yang ditubuhkan pada Oktober 2008 di bawah MOSTI  berbanding organisasi lain, ialah penekanan terhadap elemen dan aplikasi teknologi dalam inovasi sosial yang memberi impak kepada masyarakat.

“Bila kita sebut itu, maksudnya semua perniagaan atau semua bentuk model bisnes yang mengandungi inovasi, akan tergolong dalam kategori inovasi sosial yang memberi impak kepada masyarakat,” katanya.

Sharmila berkata baru-baru ini, YIM bersama Kementerian Ekonomi menjalankan projek perintis untuk membantu inovator sosial di akar umbi mengkomersilkan produk mereka dan menjadikan perniagaan mereka lebih mampan.

Beliau berkata seramai 11 inovator sosial dipilih dengan empat daripadanya dari Sabah, yang masing-masing menerima peruntukan RM80,000 bagi memenuhi keperluan dalam projek yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan.

“Projek ini bermula Jun tahun lepas dan perlaksanaan tamat bulan lepas. Dana telah disalurkan kepada inovator ini dan hasilnya memberangsangkan setakat ini. YIM membantu meningkatkan kapasiti perniagaan termasuk penyediaan mesin, latihan dan pembangunan produk mampan.

“Bagaimanapun, kita akan menilai dalam tempoh enam bulan lagi kesannya kepada mereka. Penilaian ini meliputi perkembangan perniagaan, keuntungan dan kesan yang mereka berikan kepada ekonomi setempat,” katanya.

Sharmila berkata antara inovator sosial di Sabah yang berjaya dibantu YIM ialah Pengarah dan Pengasas Chanteek Borneo Anne Antah, yang menjalankan perniagaan aksesori serta pakaian dengan motif kontemporari etnik Sabah, yang boleh dipakai pada waktu rasmi dan juga setiap hari.

Selain Anne, YIM juga membantu Joardy Mardeko, seorang inovator yang mencipta Coconut Patty Burger – inovasi makanan sihat berupa patti burger yang dihasilkan daripada ampas kelapa, kaya dengan serat semula jadi dan menekankan aspek pemakanan seimbang.

Sharmila berkata nuget yang biasanya dibuat daripada ayam atau daging, kini berjaya diinovasikan oleh Sariyaman Sabur yang memperkenalkan nuget ubi kayu, yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat tinggi, menjadikannya pilihan makanan yang menyokong gaya hidup sihat.

Selain itu, YIM turut membantu projek akuafarm di Kundasang yang pada asalnya terjejas akibat gempa bumi pada 2015, namun berjaya dibangunkan semula dengan penggunaan teknologi akuakultur dan hidroponik terkini.

“Kami juga bekerjasama dengan universiti untuk memulakan inovasi yang belum ada di Malaysia. Itulah maksudnya daripada peringkat penyelidikan itu sendiri hingga ke arah pengkomersilan yang akan memberikan impak sosial,” katanya.

Terbaharu, YIM sedang menjalankan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah berkaitan inovasi untuk pendakian gunung, namun buat masa ini beliau tidak menjelaskan secara terperinci kerana masih belum dimuktamadkan.

— BERNAMA

 

 

Share this news!
Tags: akar umbiinovasi sosialrakyatSabahYayasan Inovasi Malaysia
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: If the chants of PBS and Star supporters proclaiming ‘GRS solo’ (competing alone) during their joint convention on...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com